Langit biru. Awan putih bergumpal bagaikan kapas melayang tinggi . Panas matahari bagaikan menyegat kulitku . Aku dan Hazwan telah lambat untuk bertemu dengan kawanku , Adil di Orchard. Kami lalu menaiki MRT supaya dapat tiba ke tempat itu dengan masa yang cepat.
Bagai awan memecah sinar, lampu pada gerabak itu terpadam , sedetik kemudian , gerabak itu terhenti dengan secara tiba – tiba . Air kebimbangan mengalir deras dalam diriku . Aku dan Hazwan terdiam sejenak . Tanpa berfikir panjang, aku menekan tombol keselamatan . Sejurus itu , aku cuba untuk memecahkan pintu keselamatan tetapi tidak berhasil , aku pun meminta pertolongan orang orang yang berada di situ . Aku cuba melihat sekelilingku untuk mencari orang yang memerlukan pertolongan ku Terdapat juga sekumpulan pemuda yang tertawa sesuka hati dan mementingkan diri mereka sendiri . Aku hanya dapat menggeleng- gelengkan kepala. Hazwan telah sibuk menenangkan seorang budak yang sedang menangis itu . Aku mengorak langkah setelah melihat seorang budak kecil yang menangis , kepalanya penuh dengan darah . Aku menggunakan sapu tanganku untuk menahan darah yang mengalir pada dahinya , tangisan budak itu bergenang berkaca – kaca .
Sudah setengah jam berlalu tetapi tiada seorang ahili pasukan yang datang . Renik peluh menghiasi dahiku . Rasa gelisah menyarungi hatiku. Keadaan di dalam MRT itu semakin kecoh dan bising . Asap kelabu semakin banyak membuatku susah untuk bernafas. Kegembiraan mengetuk pintu hatiku tidak lama kemudian , apabila aku ternampak ahli paksukan bomba yang dating untuk menyelamatkan kami . Dengan segera, aku mengangkat budak itu dan keluar secepat mungkin , aku lalu membawanya kepada salah satu ahli pasukan bomba itu untuk membawanya ke hospital .
Aku menelefon Hazwan selepas itu , kami bangga terhadap diri kami kerana telah menolong dan menyelamatkan nyawa seseorang . Kami meminta maaf kepada Adil dan menerangkan apa yang telah terjadi padanya . Selang dua hari , kami mendapati bawaha terdapat seseorang yang bermain api pada ketika itu . Barulah aku sedar kini , memang manusia semuanya berbeza . Kata orang, rambut sama hitam , hati lain – lain . Ada orang yang sanggup berkorban dan ada yang tidak . Banyak yang telah aku pelajari. Aku akan sentiasa ingat hari itu , hari di mana aku menolong orang yang meninggalkan kesan .